
Penyanyi, Heliza Helmi, 36, dikatakan mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan yang juga dipercayai jutawan bergelar Datuk.
Penyanyi, Heliza Helmi sah bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dengan sekali lafaz hari ini pada jam 10.00 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Seorang pendakwah terkenal iaitu Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim telah berkongsi di Instagram, beliau memaklumkan berita mengenai perkahwinan Heliza Helmi dan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Jurufoto Aqo Imran, berkongsi di Instagram video pernikahan tersebut.
Netizen dan rakan artis mengucapkan tahniah buat Heliza dan suami. Mereka mendoakan hubungan pasangan ini kekal sehingga jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.